Khamis, 30 Jun 2011
PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI TAHAP PERTENGAHAN
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman akan menganjurkan program pembangunan kompetensi pada 1 dan 2 Julai 2011 bertempat di Cherating Easteana Beach Resort. Jommmm berkursus di sana di sana
LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
Tiga Juta Dijangka Sertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2 Julai
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Seramai tiga juta murid dan pendidik dijangka menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di seluruh negara pada 2 Julai ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata larian itu yang bukan berbentuk pertandingan itu diadakan sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang mula dilaksana tahun ini.
Larian peringkat kebangsaan akan diadakan di Taiping dan akan turut disertai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
"Murid-murid lain di seluruh negara akan mengambil bahagian dalam larian ini bermula pada masa yang sama di sekolah, atau di tempat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Abdul Ghafar berkata larian itu juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Beliau berkata ia juga diharap dapat mencipta rekod bagi kategori "Penyertaan Terbesar Pelajar Sekolah dalam Satu larian" dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan sebahagian besar daripada 5.3 juta murid di negara ini.
Katanya tarikh 2 Julai iaitu hari Sabtu itu boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.
Maklumat lanjut boleh didapati di http://moe.gov.my/bsukan dan sekolah-sekolah diingatkan supaya menghantar melalui emel borang penyertaan murid yang lengkap kepada urusetia iaitu Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran pada atau sebelum 23 Jun.
Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
-- BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)