Jumaat, 18 Jun 2010

SIREH JUNJUNG

Sirih Junjung telah memainkan peranannya sendiri.  Dalam kebanyakkan adat budaya, terutamanya semasa masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, ianya sebagai satu kemestian dijadikan barang hantaran pengantin.
Disamping itu juga masyarakat Malaysia kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam beberapa majlis rasmi negara.  Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang dari 10 pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan penyeri dimajlis tersebut.
Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah menggunakan sirih junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan, terutamanya di Negeri Kelantan.
junjung_3.jpg (27482 bytes)
Satu perarakan sirih junjung telah diadakan di sekitar bandar sempena majlis tersebut. Bagi penyediaan membuat sirih junjung, biasanya digubah oleh orang yang mahir dalam membuat gubahan barang hantaran pengantin.
Sebanyak 100 helai daun sirih Melayu atau lebih diperlukan. Daun-daun sirih yang segar, lebar lagi cantik diperlukan, disamping peralatan lain seperti gabus yang digunakan sebagai menara, dawai untuk pengikat, jarum penyemat, lidi dan lain-lain yang bersesuaian.
junjung_1.jpg (24202 bytes)
Sirih Junjung             

junjung_2.jpg (23152 bytes)
       Sirih Junjung
Sirih junjung digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau masjid, juga berbentuk flora mengikut citrarasa penggubah.  Bunga-bunga segar seperti mawar, dahlia dan kekwa serta lainnya akan menyerikan lagi gubahan tersebut.  Untuk menambah keharuman pada sirih junjung tersebut, pada kebiasaannya wangian akan dibubuhkan seperti bunga rampai atau air mawar.

KAPUR SIREH


Kapur atau cunam (kapur mati) berwarna putih likat seperti kerim yang dihasilkan dari cengkerang siput laut yang telah dibakar.   Hasil dari debu cengkerang tersebut perlu dicampurkan air supaya memudahkan lagi untuk disapukan keatas daun sirih bila diperlukan.
Terdapat juga beberapa jenis kapur yang tidak sesuai digunakan untuk makan sirih diantaranya untuk pengikat yang telah digunakan dalam perusahaan binaan bangunan sejak zaman dahulu.

kapur1.jpg (18329 bytes)
        Kapur Sirih
Kapur boleh didapati dengan membakar batu kapur (Kalsium karbonat CaCO3). Apabila dibakar dengan suhu tertentu ia mengeluarkan gas yang dipanggil karbon diaksida (CO2) dan menjadi kalsium oksida (CaO). Kalsium oksida ini kemudiannya dicampur dengan sedikit air yang menyebabkan ia mencerap dan mengembang disamping menghasilkan haba serta menjadi serbuk kapur yang dikenal sebagai kalsium hidroksida (Ca(OH2).
Proses ini dinamakan tindakan air (slaking) dan serbuk kapur dikenal sebagai kapur terhidrat. Serbuk kapur akan menjadi cair iaitu dempul kapur jika campuran airnya berlebihan. Serbuk kapur jika dibiar lama, kandungan airnya akan hilang dan bertindakbalas dengan karbon dioksida daripada udara menjadikan kalsium karbonat semula.
Berdasar kepada sifat ini, kapur digunakan dalam bancuhan mortar untuk mengikat batu bata, melepa dan mengecat. Terdapat tiga jenis kapur yang sesuai digunakan dalam perusahaan pembinaan iaitu kapur hidraulik, kapur bukan hidraulik dan kapur putih.

kapur2.jpg (37412 bytes)

kapur3.jpg (37607 bytes)

kapur4.jpg (36954 bytes)
kapur5.jpg (190906 bytes)
Kapur Sirih Kapur Sirih Sepalit Kapur Ramuan Bersirih

Khamis, 17 Jun 2010

HERBA : BUNGA CENGKIH


Sejenis rempah yang berasal dari Pulau Moluku. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Pokok jenis malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Nama saintifik bagi bunga cengkih ialah Eugenia aromatica.
Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm. dan suhu 15� - 38�C.  Tanah yang paling sesuai baginya ialah tanah gembur yang mengandungi humas dan tanah laterit.
g.cengkih2.jpg (37964 bytes)
Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.
g.cengkih1.jpg (115851 bytes)
g.cengkih3.jpg (122738 bytes)
g.cengkih4.jpg (94399 bytes)
g.cengkih5.jpg (70610 bytes)
Kudup Bunga Daun Pokok Pokok Cengkih Pokok Cengkih

Selasa, 15 Jun 2010

AdiTari

KELAB BELIA ASWARI merupakan sebuah kelab yang aktif menghidupkan warisan seni tarian di Daerah Kemaman.Kelab yang beroperasi di No. 722-1, BATU 2 1/2, JALAN AIR PUTEH, 24050 KEMAMAN TERENGGANU ini telah ditubuhkan pada 29 Julai 2009 oleh PN. HARWANI.

Pada bulan Jun yang lalu, Kelab Belia Aswari telah melebarkan sayapnya ke Bandar Cheneh Baru atas kerjasama Encik Mohd Ropee Ismail yang mengajar di SMK Ceneh Baru, Kemaman. Sesungguhnya banyak aktiviti persembahan kebudayaan yang telah disertai oleh ahli-ahli kelab ini. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan yang besar kepada belia-belia yang masih berada di bangku persekolahan. Di samping membina keyakinan berdepan dengan khalayak, para belia terutama pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah dapat menghayati dan menghargai salah satu warisan kesenian budaya Melayu yang kian dipinggirkan.






Selain itu, pembabitan pelajar lelaki dalam kelab ini telah memberi idea kepada saya untuk menubuhkan AdiTarideGroup . Bagi saya adalah sangat penting untuk  menghakis tanggapan negatif sebilangan masyarakat yang menganggap penari lelaki hanya dimonopoli oleh golongan lelaki berperwatakan lembut sahaja. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh kelab ini mampu menarik lebih ramai belia untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di samping dapat menghargai seni tari Melayu yang menjadi kebanggaan di negara kita. Konsep 1Belia 1Malaysia akan pasti menjadi wadah yang akan turut sama dipikul oleh kelab ini untuk kesejahteraan dan kemakmuran.