Jumaat, 18 Jun 2010

SIREH JUNJUNG

Sirih Junjung telah memainkan peranannya sendiri.  Dalam kebanyakkan adat budaya, terutamanya semasa masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, ianya sebagai satu kemestian dijadikan barang hantaran pengantin.
Disamping itu juga masyarakat Malaysia kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam beberapa majlis rasmi negara.  Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang dari 10 pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan penyeri dimajlis tersebut.
Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah menggunakan sirih junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan, terutamanya di Negeri Kelantan.
junjung_3.jpg (27482 bytes)
Satu perarakan sirih junjung telah diadakan di sekitar bandar sempena majlis tersebut. Bagi penyediaan membuat sirih junjung, biasanya digubah oleh orang yang mahir dalam membuat gubahan barang hantaran pengantin.
Sebanyak 100 helai daun sirih Melayu atau lebih diperlukan. Daun-daun sirih yang segar, lebar lagi cantik diperlukan, disamping peralatan lain seperti gabus yang digunakan sebagai menara, dawai untuk pengikat, jarum penyemat, lidi dan lain-lain yang bersesuaian.
junjung_1.jpg (24202 bytes)
Sirih Junjung             

junjung_2.jpg (23152 bytes)
       Sirih Junjung
Sirih junjung digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau masjid, juga berbentuk flora mengikut citrarasa penggubah.  Bunga-bunga segar seperti mawar, dahlia dan kekwa serta lainnya akan menyerikan lagi gubahan tersebut.  Untuk menambah keharuman pada sirih junjung tersebut, pada kebiasaannya wangian akan dibubuhkan seperti bunga rampai atau air mawar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan